Duit syiling Peso_Filipina

Perincian duit syiling 5-peso

Duit syiling yang diedarkan sekarang ialah:

  • 1 sentimo
  • 5 sentimo
  • 25 sentimo
  • 1 peso
  • 5 peso
  • 10 peso

Jenis mata wang yang kurang daripada 1 peso nilainya masih digunakan tetapi tidak secara meluas. Pada Disember 2008, suatu ketetapan Kongres Filipina menuntut persaraan dan penyahwangan semua duit syiling yang kurang daripada satu peso.[3] Sejarah pengeluaran duit syiling Filipina adalah seperti yang berikut:

  • 1861: Duit syiling emas dikeluarkan untuk 1, 2, dan 4 peso. Kandungan emasnya sama sahaja dengan duit syiling ½, 1 and 2 escudo Sepanyol.
  • 1864: Duit syiling perak ditempa dalam jenis mata wang 10, 20, dan 50 centimo de peso.
  • 1867: Duit syiling 1-peso perak dikeluarkan.
  • 1898 - 1913: Semasa zaman Revolusi, duit syiling ditempa dengan menggunakan tembaga untuk 1 dan 2 centavo serta 2 centimo de peso.
  • 1903: Duit syiling baharu diperkenalkan dan terdiri daripada:
    Menerusi berat, duit-duit syiling itu dikaitkan dengan peso yang ditempa pada kehalusan .900 dan mengandungi 374.4 grain perak. Duit syiling emas Amerika Syarikat serta duit syiling ½ dan 1 peso merupakan wang sah bagi mana-mana jumlah wang, dengan duit syiling 10 dan 20 centavo merupakan wang sah sehingga 20 peso dan duit syiling yang lebih kecil sehingga 2 peso.
  • 1907: Saiz dan kehalusan duit syiling perak dikurangkan, dengan peso baharu kini merupakan duit syiling 20-gram yang ditempa dengan menggunakan perak .750.
  • 1912: Pengeluaran duit syiling 1-peso ditamatkan.
  • 1920: Pemerintahan Amerika menganggap bahawa penempaan duit syiling perak di Filipina adalah lebih murah and oleh itu, Manila Mint (Kilang Wang Manila) dibuka semula. Kilang itu mengeluarkan duit syiling sehingga zaman Komanwel.
  • 1921: Pengeluaran duit syiling 50-centavo ditamatkan.
  • 1937: Reka bentuk duit syiling ditukar untuk membayangkan penubuhan Komanwel.
  • 1942 - 1944: Tiada duit syiling baharu ditempa pada tempoh ini kerana pendudukan Jepun.
  • 1944: Penempaan duit syiling disambung semula, termasuk pengeluaran duit syiling 50 centavo. Disebabkan banyak duit syiling dikeluarkan antara 1944 hingga 1947, tiada duit syiling yang baharu ditempa lagi sehingga 1958.
    • 1958: Duit syiling yang menggunakan logam asas pada keseluruhannya diperkenalkan dan terdiri daripada:
      • 1 centavo gangsa;
      • 5 centavo loyang;
      • 10, 25, dan 50 centavo nikel-loyang.
    • 1967: Duit syiling diubah kepada siri "Ang Bagong Lipunan" untuk membayangkan penggunaan nama Filipina bagi unit mata wang. Aluminium mengambil alih gangsa, dengan tembaga-nikel menggantikan nikel-loyang untuk penempaan duit syiling pada tahun itu.
    • 1972: Duit syiling 1-peso diperkenalkan.
    • 1975: Duit syiling 5-peso diperkenalkan.
    • 1983: Siri Flora dan Fauna diperkenalkan yang merangkumi duit syiling 2-peso.
    • 1991: Saiz duit syiling dikurangkan dan diperkenalkan yang merangkumi duit syiling 5-peso.
    • 1995: Duit syiling 50-sentimo dan 2-peso ditamatkan.
    • 1995: Siri duit syiling yang masih digunakan pada hari ini diperkenalkan.
    • 2000: Duit syiling 10-peso diperkenalkan.
    • 2017-18: NGC siri di peso Filipina telah diperkenalkan.
    New Generation Currency Coin Series (2018)
    ObverseSongsangNilai mukaDiameterJisimEdge ThicknessKetebalan tepiKetebalanObverseSongsangDihasilkan
    1 sentimo15 mm1.90 g1.54 mmNickel-plated steelPlain"Republika ng Pilipinas"; Three stars and the sun (stylized representation of the Philippine flag); Value; Year of minting; Mint markXanthostemon verdugonianus (Mangkono); logo of the Bangko Sentral ng PilipinasMac 26, 2018
    5 sentimo16 mm2.20 g1.60 mmNickel-plated steelReeded"Republika ng Pilipinas"; Three stars and the sun (stylized representation of the Philippine flag); Value; Year of minting; Mint markCalotropis gigantea (Kapal-kapal Baging); logo of the Bangko Sentral ng PilipinasMac 26, 2018
    25 sentimo20 mm3.60 g1.65 mmNickel-plated steelPlain"Republika ng Pilipinas"; Three stars and the sun (stylized representation of the Philippine flag); Value; Year of minting; Mint markDillenia philippinensis (Katmon); logo of the Bangko Sentral ng PilipinasMac 26, 2018
    ₱123 mm6.00 g2.05 mmNickel-plated steelSegmented (Plain and Reeded edges)"Republika ng Pilipinas"; Portrait of José Rizal; Value; Year of minting; Mint markVanda sanderiana (Waling-waling); logo of the Bangko Sentral ng PilipinasMac 26, 2018
    ₱525 mm7.40 g2.20 mmNickel-plated steelPlain"Republika ng Pilipinas"; Portrait of Andrés Bonifacio; Value; Microprint of "Republika ng Pilipinas"; Year of minting; Mint markStrongylodon macrobotrys (Tayabak); logo of the Bangko Sentral ng Pilipinas; Microprint of "Bangko Sentral ng Pilipinas"November 30, 2017
    ₱1027 mm8.00 g2.05 mmNickel-plated steelReeded with edge inscription of "BANGKO SENTRAL NG PILIPINAS" in italics"Republika ng Pilipinas"; Portrait of Apolinario Mabini; Value; Microprint of "Republika ng Pilipinas"; Year of minting; Mint markMedinilla magnifica (Kapa-kapa); logo of the Bangko Sentral ng Pilipinas; Microprint of "Bangko Sentral ng Pilipinas"; MicrodotsMac 26, 2018